Nani. Foto Twitter Venezia.

LONDON – Bekas bintang Manchester United, Nani kini kembali ke kelab Itali, Venezia selepas kontraknya bersama kelab dari Amerika Syarikat, Orlando City tamat, umum kelab Serie A itu di laman sosial.

Pemain berusia 35 tahun itu mengikat kontrak selama setahun bersama kelab tersebut.

Sebelum ini, Nani pernah bermain di Serie A untuk kelab Valencia pada 2016.

Pada Februari 2019, bekas pemain sayap antarbangsa Portugal telah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Orlando City dalam Liga Bola Sepak Utama (MLS).

Nani sebelum ini pernah memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak empat kali dan menjuarai Liga Juara-Juara pada 2008 ketika bersama United.

Pemain berusia 32 tahun itu turut membantu Portugal memenangi Kejohanan Eropah (Euro) pada 2016 menyertai kelab yang berpangkalan di Florida itu secara percuma dari Sporting Lisbon.

Nani menjaringkan sembilan gol dalam 58 penampilan bersama Sporting, dia berpindah ke Old Trafford pada 2007 sehingga 2014 dan berjaya meledak 41 gol daripada 230 penampilan bersama Red Devils dalam semua kejohanan. – Agensi