Kit Kat perisa wasabi

TOKYO – Nestle akan membuka kilang pertama di Jepun selepas lebih 25 tahun beroperasi berikutan permintaan perisa Kit Kat yang esotik.

Walaupun secara tradisional snack wafer itu diperbuat menggunakan coklat susu, berpuluh-puluh perisa berbeza terbukti popular di negara itu.

Perisa seperti wasabi dan teh hijau telah membantu penjualan Kit Kat di Jepun berkembang sebanyak 50 peratus sejak tahun 2010, kata Nestle.

Kilang baharu itu akan memberi tumpuan kepada versi snek mahal yang bakal menjadi tumpuan pelancong.

Perbelanjaan pelancong untuk membeli manisan lebih daripada tiga kali ganda dalam tempoh empat tahun yang lalu, menurut angka kerajaan, iaitu kira-kira AS$1.2 bilion.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, NestlĂ© menunjukkan pertumbuhan yang baik di Jepun walaupun terdapat persekitaran yang mencabar.

“Prestasi yang baik ini dapat dilihat dengan fokus strategik kami terhadap inovasi dan premium, contohnya dengan Kit Kat,” kata jurucakap Nestle. – MalaysiaGazette