Neymar

PARIS – Paris Saint-Germain (PSG) menafikan sekeras-kerasnya bintang termahal mereka, Neymar akan meninggalkan Parc Des Princes pada musim depan.

Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi menegaskan penyerang antarabang Brazil tidak akan meninggalkan PSG pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Neymar yang kini masih mempunyai kontrak selama empat tahun lagi dalam proses pemulihan kecederaan.

”Siapa yang mengatakan bahawa dia (Neymar) tidak akan kekal di sini (PSG). Ada sesiapa yang mengatakan sedemikian? Tiada siapa,” jelas Nasser kepada wartawan.

”Dia mempunyai kontrak bersama kami dan dia akan kekal disini, 200 peratus”

”Media di Sepanyol masih bekerja untuk kelab Sepanyol bagi menentang kelab Perancis. Dan saya tidak tahu media Perancis bekerja untuk siapa,” kata Nasser lagi.

Sejak kebelakangan ini semakin banyak berita kedengaran mengenai Neymar untuk beraksi di Real Madrid. – MalaysiaGazette