KUALA LUMPUR – Selepas mengumumkan persaraannya Februari lepas, Ratu Skuasy Malaysia Datuk Nicol David hari ini mengumumkan beliau akan terus melibatkan diri dalam sukan yang dicintainya itu.

“Saya tidak mahu pergi begitu sahaja. Saya percaya saya mempunyai sesuatu untuk dikongsi dan saya mempunyai banyak dalam simpanan yang ingin saya berikan balik dan juga memberitahu masyarakat apa yang skuasy telah berikan kepada saya.

Saya akan berkongsi perjalanan kerjaya saya dalam beberapa bulan akan datang menerusi tiga video, iaitu ‘Power’, ‘Determination’ dan ‘Heart’,” kata atlet berusia 35 tahun itu dalam satu kenyataan hari ini.- BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN:

Nicol David umum persaraan