ABUJA – Sekurang-kurangnya 20 penduduk kampung di tengah Nigeria diculik dalam serangan bersenjata, lapor agensi Anadolu memetik media tempatan pada Khamis.

Lelaki bersenjata dengan motosikal menyerbu kampung Adagbi di daerah Shiroro dan melepaskan tembakan.

Kebanyakan yang diculik itu adalah wanita, penduduk kampung yang ketakutan kemudian meninggalkan rumah masing-masing.

Tiada sebarang laporan mengenai kematian atau kecederaan dalam serbuan itu, sementara polis Nigeria belum mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian itu.

Dalam kejadian berasingan, 17 orang terbunuh dalam serangan oleh lelaki bersenjata dengan motosikal di wilayah Rijau, negara ini, menurut media tempatan.

Serangan itu juga menyebabkan ramai yang cedera, menurut laporan.

Pihak berkuasa tempatan mengesahkan serangan itu tanpa memberikan butiran lanjut mengenai jumlah korban.

Gabenor Nigeria, Abubakar Sani-Bello meminta orang ramai bertenang dan pasukan keselamatan telah dikejarkan ke wilayah tersebut.

Baru-baru ini, negara itu melarang penggunaan motosikal di beberapa negeri kerana penyerang sering menggunakan kenderaan berkenaan ketika melancarkan serangan.

Di sebelah barat laut negara ini sesekali menyaksikan pertembungan antara orang Fulani – salah satu kumpulan etnik terbesar di Afrika Barat – dan suku-suku kecil yang lain.

Fulani, yang berhijrah ke selatan negara itu mendakwa petani cuba mencuri haiwan dan menyerang mereka.

Konflik itu dimanfaatkan kumpulan bersenjata untuk mengatur serangan. – Bernama