Gambar hiasan. foto Reuters

NEW YORK – Nike dan gergasi runcit Amerika Syarikat (AS), Costco menghadapi kekurangan dan kelewatan produk kerana masalah rantaian bekalan global.

Nike berkata, pengeluaran dan penghantaran kasutnya akan memberi kesan hingga musim bunga berikutnya kerana ia menghadapi masalah penghantaran dan kekurangan pekerja di Asia.

Sementara itu, Costco telah mengenakan semula had belian barangan seperti kertas tandas.

Menurut Costco, pelanggan masih membeli secara pukal kerana kebimbangan jangkitan Covid-19, selain berdepan dengan cabaran untuk menunggu barangan tiba ke kedainya.

Nike pula mengurangkan prospek penjualannya untuk tahun ini kerana gangguan berterusan.

“Kami tidak kebal terhadap rintangan rantaian bekalan global yang mencabar dan pergerakan produk di seluruh dunia.

“Kami menjangkakan semua geografi akan dipengaruhi oleh faktor-faktor ini,” kata ketua pegawai kewangannya, Matthew Friend.

Kilang-kilang syarikat itu di Vietnam dan Indonesia, yang membuat tiga per empat kasutnya, juga terjejas akibat sekatan pergerakan.

Sementara itu, masa yang diperlukan untuk mendapatkan produknya dari Asia ke Amerika Utara meningkat dua kali ganda, dari sekitar 40 hingga 80 hari.

Nike juga menyaksikan waktu transit meningkat di Amerika Utara, Eropah, dan Timur Tengah dan Afrika kerana “kesesakan pelabuhan dan kereta api dan kekurangan tenaga kerja”.

Costco – peruncit hanya untuk keahlian – memaklumkan ia perlu melaksanakan had pembelian barang-barang utama termasuk gulung tandas, air botol dan beberapa produk pembersih.

Langkah itu disebabkan pembelian panik oleh penggun, selain syarikat itu untuk mencari trak, pemandu dan kontena penghantaran untuk membawa barang ke kedainya.

Peruncit itu telah menyewa tiga kapal kargo sendiri untuk memindahkan produk antara Asia dan Amerika Utara pada tahun depan. – BBC