Home Ekonomi NUFAM dakwa Malaysia Airlines tak hormati undang-undang buruh

NUFAM dakwa Malaysia Airlines tak hormati undang-undang buruh

nufam
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM) kecewa selepas Malaysia Airlines Berhad (MAB) memfailkan semakan kehakiman dan writ untuk membantah keputusan Menteri Sumber Manusia berhubung isu gred eksekutif pekerja kru kabin.

Malah, syarikat penerbangan itu juga menghalang NUFAM dan Jabatan Perhubungan Perusahaan mengadakan satu proses undi sulit sekali lagi untuk 2,500 pekerja

“NUFAM amat kecewa dengan MAB yang sentiasa melanggar hak kesatuan dan pekerja.

“MAB masih mahu menghalang proses undi sulit pekerja kru kabin tanpa mengambil kira risiko pekerja mereka. Ini sama sekali dilihat sebagai sikap tidak menghormati undang undang buruh dan melanggar hak pekerja.

“MAB juga dianggap melanggar hak Perlembagaan negara dan juga Konvensyen antarabngsa Pertubuhan Buruh Antarabangsa,” katanya.

NUFAM berkata, MAB sepatutnya bersikap terbuka dan lebih sensitif dengan isu-isu pekerja dan mengulangi kisah lama semasa Malaysia Airlines System Berhad (MAS) dulu.

“Kami beranggapan MAB ini masih tidak matang dalam segi hak kesatuan dan sentiasa mahu menghapuskan serta menentang kuasa pekerja di dalam syarikat penerbangan.

“Salah satu sebab mengapa juga pihak mereka melakukan pengstrukturan MAS pada 2015 dan membuang 6,000 pekerja adalah untuk menghancurkan segala hak kesatuan di dalam syarikat juga.

Alasan yang diberi oleh MAS dulu adalah tidak munasabah, yang mana syarikat itu menyatakan tidak mampu menampung bilangan pekerja tetapi hari ini mereka pun telah mengambil balik semula pekerja yang baru dengan memberikan kontrak pekerjaan yang rendah, dakwa NUFAM.

NUFAM juga mendakwa MAB juga selama tiga tahun tidak menaikan gaji pekerja dan tindakan MAB ini mahu melambatkan segala proses dan hak pekerja mereka. – MalaysiaGazette