T. Subromaniam .

KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam akan melanjutkan Ops Bimbing SST yang dianjurkan sejak 21 Ogos lalu.

Melalui program itu, Kastam telah menghantar pegawai untuk melawat 80,000 pendaftar dalam bulan ini dan memberikan khidmat nasihat serta panduan kepada mereka.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, pihaknya juga telah menganjurkan berpuluh sesi program Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 82,000 pendaftar merangkumi 27,000 pengilang, 45,000 penyedia perkhidmatan dan 13,500 profesional di seluruh negara.

Selain itu, Jabatan Kastam telah mengambil langkah proaktif dan segera untuk mewujudkan talian telefon bagi menangani pertanyaan orang awam berkaitan SST.

Talian itu beroperasi sehingga 12 tengah malam melalui Pusat Panggilan Kastam di talian 1-300-888-500 atau emel kepada [email protected].

Selain itu, Helpdesk SST di talian 03-8882 7499/7522, Customs Crisis Centre di talian 03-882 2289/2492/2617.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab laporan media berhubung kekeliruan pengguna dengan pelaksanaan cukai berkenaan.

SST dilaksanakan pada 1 September lalu bagi menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (SST).

Katanya, pihak jabatan itu turut menggunakan pendekatan mesra, berhemah dan memberi khidmat nasihat serta tiada tindakan punitif dikenakan pada awal pelaksanaan SST untuk sebarang kesilapan. – MalaysiaGazette