TOKYO – Gempa bumi dengan 6.1 magnitud menggoncang Osaka, bandar metropolis kedua terbesar di Jepun, awal pagi ini, mengorbankan tiga orang mangsa.

Manakala 234 orang lagi dilaporkan cedera.

Bencana alam itu turut menjejaskan operasi kilang di kawasan perindustrian utama dan bekalan air.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Rakaman langsung menunjukkan saluran paip air pecah dan sebuah rumah terbakar sejurus selepas gegaran melanda Osaka sebelum jam 8 pagi ketika orang ramai dalam perjalanan ke tempat kerja.

Gempa adalah biasa di Jepun kerana ia sebahagian dari “Ring of Fire” yang aktif secara seismik dari kepulauan Pasifik Selatan melalui Indonesia dan Jepun, ke Alaska dan ke bawah pantai barat Utara, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. – MalaysiaGazette