Bekas Menteri Besar Johor, Osman Sapian

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Johor diminta bercakap benar tentang persoalan berhubung kelayakan akademiknya yang menjadi persoalan rakyat.

Datuk Seri Najib Razak berkata, minggu lepas Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjanji untuk membuat penjelasan tentang dakwaan ijazah palsu Datuk Osman Sapian.

“Tunggu punya tunggu, UPM dan Maszlee (Menteri Pendidikan) masih membisu.

“Ijazah MB benar atau palsu. Kalau tidak, cepatlah mengaku. Macam Mat Sabu,” katanya menerusi hantaran terbaharu di Facebook.

Osman antara pemimpin Pakatan Harapan yang terpalit dengan isu kelayakan akademik selepas profailnya mendakwa beliau memiliki ijazah dan diploma perakaunan dari Universiti Pertanian Malaysia yang kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia.

Perkara itu mencetuskan kemusykilan kerana UPM tidak pernah menawarkan kursus diploma perakaunan dan peringkat ijazah bagi kursus itu ditawarkan bermula pada tahun 1985.

Sejak isu itu dibangkitkan Osman mengambil pendirian ‘mengunci mulut’. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan: Selepas Marzuki, kini MB Johor pula didakwa ‘miliki’ ijazah palsu

MB Johor sila tunjuk bukti, kalau tidak letak jawatan

Isu sijil palsu: Sebaiknya MB Johor jelaskan – PKR negeri

MB Johor bazirkan duit rakyat untuk ‘YB palsu’?

UPM perlu perjelas segera kesahihan ijazah MB Johor