Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dijangka membincangkan isu wang tuntutan cukai input bagi kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM18 bilion yang didakwa ‘dirompak’ kerajaan terdahulu oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Pengerusi PAC Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata beliau akan mencadangkan perkara itu dibincangkan pada prosiding PAC akan datang.

“Ia boleh dibincangkan mengikut Peraturan-peraturan Mesyuarat 77 (1) a dan d,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Kiandee diminta mengulas pendedahan Lim pada sesi Dewan Rakyat semalam mengenai perkara itu.

Lim hari ini bertegas mempertahankan  kenyataannya berhubung RM18 bilion wang tuntutan cukai input bagi GST  yang sepatutnya dibayar balik kepada peniaga telah ‘dirompak’ kerajaan sebelum ini.-BERNAMA