Mario Abdo Benítez,. foto Agensi

ASUNCION – Kerajaan baharu Paraguay akan memindahkan semula kedutaannya di Israel ke Tel Aviv.

Keputusan itu dibuat selepas tiga bulan berpindah ke Baitulmaqdis.

Mario Abdo Benítez, yang mengangkat sumpah bersumpah sebagai Presiden pada bulan lalu berkata, beliau mahu membantu mencapai “keamanan yang adil dan tahan lama” di Timur Tengah.

Israel yang memberi maklum balas terhadap keputusan itu berkata, ia akan menutup kedutaannya di Paraguay.

Palestin pula membuat pengumuman segera untuk membuka kedutaan di negara Amerika Selatan itu.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, langkah Paraguay telah mengeruhkan hubungan antara dua negara. – MalaysiaGazette