(Picture for representational purposes only). Election Commission (EC) making final preparations by carrying poll boxes for the P.132 Port Dickson by-election. at Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Port Dickson, Port Dickson, Negeri Sembilan. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 12 OCTOBER 2018 Undi 18
Gambar hiasan.

Artikel ini ditulis oleh pembaca MalaysiaGazette

MEMANDANGKAN tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semakin hampir, parti politik masih sibuk menjalin pakatan dan juga menyusun senarai calon masing-masing.

Satu perkara yang amat ketara kali ini ialah tidak ada parti politik yang mampu meraih sokongan yang mencukupi untuk memperoleh majoriti mudah untuk berjaya membentuk kerajaan.

Sebagai pengundi veteran, tidak ada keraguan dalam pilihan raya umum sebelum ini bahawa UMNO dengan mudah akan memenangi sokongan yang mencukupi, bukan sahaja memperoleh majoriti mudah, tetapi sokongan majoriti 2/3 yang kuat.

Selama beberapa dekad, Barisan Nasional (BN) mempunyai kubu kuat dalam politik Malaysia, sehingga genggaman mereka akhirnya pecah pada 2018.

Kali ini, boleh dikatakan bahawa pilihan raya umum akan menjadi  free for all dan tiada pemenang yang jelas kelihatan.

Terdapat banyak penukar permainan (game changers) kali ini dan yang paling jelas ialah pengundi Undi18 yang ramai percaya akan memainkan peranan utama dalam menentukan keputusan pilihan raya.

Kali ini, pengundi untuk PRU-15 lebih 21 juta dengan belia berusia antara 18-20 tahun membentuk 16 peratus daripada 6.9 juta pengundi baharu.

Sudah tiba masanya parti-parti politik, khususnya yang berada dalam barisan BN untuk mengiktiraf keperluan darah baru yang lebih muda yang akan mempunyai pengaruh yang lebih kuat dan menarik minat pengundi semasa.

Selain pengundi baharu Undi18, 58 peratus daripada jumlah pengundi adalah mereka yang berumur antara 18 hingga 40 tahun yang masih berada dalam kelompok pengundi muda.

Pengundi ini mahukan wakil rakyat yang mampu memahami keperluan mereka dan boleh mengaitkan dengan kesukaran yang mereka hadapi serta membantu membawa suara mereka ke Parlimen.

Masa untuk melihat di luar kotak

Inilah sebabnya mengapa BN perlu melihat di luar kotak dan terbuka kepada campuran politik baharu yang menarik minat pengundi semasa.

Kepimpinan BN mesti mempertimbangkan untuk membenarkan kemasukan parti yang lebih baru dan lebih segar ke dalam gabungan itu. Ia sepatutnya membuka pintunya kepada parti-parti yang mempunyai pandangan baharu seperti Parti Bangsa Malaysia dan pihak lain yang mengiktiraf peranan dan kepentingan generasi muda dalam politik hari ini.

BN harus meluaskan jaringannya dan menerima parti-parti baru ini yang akhirnya boleh memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan majoriti bagi kerajaan baru yang memerintah.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, PRU15 akan menjadi “free for all” malah satu kerusi Parlimen atau DUN boleh membawa perbezaan yang besar.

Pengundi muda seperti anak-anak saya sudah cukup dengan UMNO, MIC dan MCA. Walaupun BN mungkin mempunyai asas sokongan yang kuat, ia tidak boleh bergantung pada kuda tuanya (old horses).

Parti-parti politik baharu yang kurang dikenali ini mesti diberi peluang untuk berjuang dan bersama-sama Undi18 dan pengundi muda, mereka boleh menjadi pengubah permainan (game changers) dalam PRU-15.

Sebahagian daripada parti ini mempunyai kerusi penyandang dan mereka boleh fokus untuk mengekalkannya pada PRU15. Selain itu, mereka membawa idea-idea baharu yang boleh membawa perubahan positif kepada negara dan untuk idea-idea ini direalisasikan, mereka mesti diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan.- MalaysiaGazette

Andrew Seah
Ladang Kinta
Batu Gajah, Perak

Nota Pengarang: Penulisan yang dikongsi oleh penulis tidak menggambarkan pendirian atau pandangan MalaysiaGazette