Datuk Seri Vida
Datuk Seri Vida

Ipoh- Mahkamah Seksyen di sini membenarkan pasport milik Datuk Seri Vida dipulangkan sementara bagi membolehkan beliau keluar negara termasuk menunaikan umrah.

Semasa membenarkan permohonan daripada pengasas dan pemilik Vida Beauty Sdn. Bhd. itu, Murtazadi Amran mengarahkan wanita berkenaan menyerahkan semua pasport beliau kepada mahkamah selewat-lewatnya pada 6 Februari ini.

Peguam Vida, Khairilazwar Khalil memberitahu mahkamah yang anak guamnya akan pergi ke Bangkok, Thailand pada 3 Januari ini sebelum terbang ke Guangzhou, China pada 16 Januari sehingga 22 Januari sebelum menunaikan umrah pada 26 Januari dan pulang ke Malaysia pada 3 Februari.

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman didakwa atas 16 pendakwaan akibat gagal membayar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM4.2 juta. – Bernama