Paul Pogba
Paul Pogba

MANCHESTER – Perancang tengah Manchester United, Paul Pogba diuji positif Covid-19, lapor BBC hari ini.

Bintang Perancis itu kini menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari, kata Jurulatih Perancis, Didier Deschamps.

Pemain berusia 27 tahun itu akan terlepas aksi Liga Kebangsaan bersama Perancis di Sweden pada 5 September ini dan perlawanan menentang Croatia tiga hari kemudian.

Bagaimanapunm Pogba layak untuk pemilihan bagi menghadapi perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Crystal Palace pada 19 September ini.

Menurut kenyataan United, semua kakitangan dan pengurusan kelab mendoakan Pogba supaya pulih dengan segera menjelang musim baharu EPL.

Pogba akan digantikan oleh pemain berusia 17 tahun, Eduardo Camavinga mewakili pasukan negaranya.

“Saya sudah lengkapkan skuad Perancis, malangnya pada minit terakhir terpaksa melakukan perubahan akibat berita Covid-19 membabitkan Pogba.

“Pogba tersenarai dalam senarai awal, malangnya selepas menjalani ujian saringan Covid-19 semalam, dia dikesan positif,” kata Deschamps. – MalaysiaGazette