Nadzim Johan

KUALA LUMPUR – Pegawai syarikat agensi-agensi kerajaan diminta jangan jadi ‘Little Napoleon’ dalam organisasi mereka.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendakwa ada sesetengah pegawai terlibat seakan-akan ada ‘kerajaan sendiri’ dalam organisasi berkenaan.

“Hari ini seolah-seolah aduan kadangkala tak sampai. Dekat atas sampai, ok kat bawah, tak ok.

“(Macam) ada Little Napeleon, ada kerajaan sendiri. (Mereka) ada kuasa, kadang pemimpin politik tidak boleh buat apa-apa.

“Fail pun boleh hilang,” katanya pada sidang media bersama sebuah syarikat kontraktor yang mendakwa tidak mendapat bayaran daripada Felda hari ini.

Menurut Nadzim, bukan sahaja Felda malah PPIM menerima banyak aduan daripada agensi syarikat kerajaan lain juga dalam masalah yang sama.

Bagi kes dakwaan Felda tidak bayar itu pun, katanya, ia sudah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani baru-baru ini.

Dalam sidang media yang sama, PPIM turut menayangkan ucapan Abdullah menyebut isu pembayaran lambat Felda kepada kontraktor semasa membahaskan kertas putih menyelamatkan Felda di Dewan Rakyat.

Nadzim seterusnya bimbang sikap ketua agensi kerajaan yang zalim itu seakan-akan ada elemen rasuah.

“Buat apa mereka tekan (kontraktor) jika tak nak sesuatu?” soalnya.- MalaysiaGazette