Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran berucap pada perasmian Briged MIC Kebangsaan di Axiata Arena, Bukit Jalil. Foto MOHD ADZLAN, 18 SEPTEMBER 2022.

KUALA LUMPUR –  Dana pendidikan sebanyak RM25 juta bagi golongan B40 komuniti India akan diurus dalam akaun berasingan.

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran berkata, ini akan membolehkan dana tersebut diaudit kerajaan pada bila-bila masa dan pihaknya berterima kepada kerajaan yang komited menjaga kebajikan kebajikan masyarakat India.

“Semalam dalam ucapan pelancaran Brigade MIC Kebangsaan yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, ada saya suarakan beberapa perkara penting.

“Antaranya khabar gembira tentang Pelan Tindakan Masyarakat India (MIB) atau India Blue Print yang tergendala hampir empat tahun atas pelbagai sebab. Kini ianya sudah peringkat akhir pelaksanaan,” katanya.

Menurutnya, Sudah hampir sedekad pelbagai usaha kerajaan BN, MIB dan Jawatankuasa Kabinet untuk Pembangunan Masyarakat India dilupakan.

Malah tambah beliau, kuota matrikulasi 2,200 untuk pelajar India dikurangkan pembangkang kerana kepentingan politik dan mereka akan membuat akan buat apa sahaja untuk memenuhi agenda masing-masing.

Semalam, Ismail Sabri ketika melancarkan Brigade MIC Kebangsaan Perdana Menteri memberi jaminan komuniti India di negara ini tidak akan dipinggirkan dalam arus pembangunan dan kerajaan telah meluluskan perbagai peruntukan dan inisiatif bagi masyarakat India untuk membasmi kemiskinan, pembangunan sosial dan sosio ekonomi kaum itu.

Sementara itu, Vigneswaran yang juga Duta Khas ke India dan Asia Selatan itu berkata, MIC telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas Hak Asasi Manusia bagi menjaga kebajikan mereka yang ditahan tanpa perbicaraan.

“Pendirian MIC amat jelas, kita tidak menentang undang- undang SOSMA kerana MIC menghormati kedaulatan undang-undang, kami cukup faham kekangan yang dihadapi oleh pihak PDRM tetapi penggunaan SOSMA hanya harus terpakai kepada kes berat dan bukan sewenangnya.

“Ada pelbagai undang-undang lain untuk penggunaan pihak PDRM untuk kesalahan – kesalahan khusus seperti Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985, Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) atau Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA),” ujarnya.

Berikutan itu, beliau menyarankan agar pihak berkuasa menggunakan peruntukan undang-undang yang ada untuk mendakwa suspek berasaskan hasil siasatan kerana akta tersebut memberi kuasa secukupnya kepada mereka menahan dan menyiasat suspek. – MalaysiaGazette