Jen Lasimbang

KUALA LUMPUR –  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog, Jennifer Lasimbang secara terbuka semalam melahirkan rasa tidak puas hati dengan ‘kerenah’ sesetengah ibu bapa yang mendesaknya mencari kerja kepada siswazah menganggur.

Jennifer atau lebih dikenali dengan panggilan Jen Lasimbang dalam sosial Facebook  ‘mengamuk’ semasa meluahkan perasaan bosan dan penat mendapat panggilan telefon, mesej Whatsapp serta emel daripada ibu bapa yang mencari pekerjaan kepada anak-anak mereka yang kini menganggur selepas tamat pengajian.

“Getting sick and tired of getting phone calls; WhatsApp and emails from PARENTS asking me to look for a job for their children – unemployed GRADUATES!,” tulisnya di media sosialnya semalam.

Status itu juga mendapat lebih 400 perkongsian selain daripada beratus-ratus komen.

Jen Lasimbang yang Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah merupakan wakil rakyat PKR yang bertanding atas tiket Warisan pada PRU-14.

Jen Lasimbang

Bagaimanapun melalui pengamatan Malaysia Gazette, rata-rata netizen yang datangnya dari Sabah, Sarawak melahirkan rasa marah dan kecewa dengan kenyataan Jen Lasimbang itu.

Ada netizen seolah-olah tidak percaya dengan tindakan drastik Jen Lasimbang meluahkan perasaan seumpama itu walhal itu sebenarnya tanggungjawab olehnya selepas diberikan mandat pada pilihan raya lepas.

Menurut netizen Toffiny Winona Pisol, ‘Nah fed up sudah kah YB kerja demi rakyat Moyog P’pang? Baru lagii berapa bulan jadi wakil rakyat, odoi Menteri Education..merayuu.

Bagaimanapun Jen Lasimbang membalas balik komen itu dengan mengatakan dirinya ada banyak lagi kerja lain serta tanggungjawab perlu dilaksanakan selain daripada ini sahaja.

“You mean you agree I have to look for a job for unemployed graduates as per their parents request? Aduii..banyak lagi tugas saya yang mau bikin, I can and I will do many thing for the people but this definetly not one of them,” tegas Jen Lasimbang.

Seorang lagi netizen, Jordan Juden meminta Jen Lasimbang letak jawatan sahaja jika tidak berminat untuk bertugas sebagai wakil rakyat.

“Resign. Siapa suruh ko tanding kalau awal-awal lagi sudah tahu penat tugas,” ujarnya.

Bagaimanapun, Jen Lasimbang kemudian menjawab kembali dengan mengatakan dirinya tidak akan sesekali meletak jawatan hanya kerana ada segelintir golongan ibu bapa mendesaknya mencari pekerjaan untuk anak-anak mereka.

“Thank you for your challenge, no way I am resigning just because I am pressured by parents asking me to look for their anak yang kononnya sudah graduate. Today im going to move forward and find ways to create that 30,000 job for the 30,000 unemployed graduates in Sabah,” katanya.

Seorang lagi, George Jason berkata, Jen Lasimbang perlu malu kerana mengeluarkan kenyataan seumpama itu namun beliau membalasnya dengan mengatakan yang perlu malu adalah anak-anak yang membiarkan ibu bapa mereka mencari pekerjaan.

Harith Safwan pula melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan itu yang padanya tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang wakil rakyat.

“This is not a healthy post YB. I adore you so much from the first day of campaign, good speech. You can do better than this. This is heat of politics which you must face wisely,” katanya.

Jenny R. Sedomon pula berkata, seburuk-buruk wakil rakyat Barisan Nasional, tidak pernah pula mereka mengadu penat dan bosan dengan rakyat begitu terbuka sehingga mengguris perasaan.

Bagaimanapun, ada juga netizen memberikan reaksi positif dengan mengatakan seharusnya para siswazah  tidak mengharapkan bantuan kerajaan atau wakil rakyat semata-mata.

Mereka sebaliknya perlu berusaha lebih gigih bagi mendapatkan pekerjaan apatah lagi jika sudah bergelar lepas universiti atau kolej.

Kata Nazib Maidan yang bersetuju dengan kenyataan itu, seharusnya ibu bapa perlu mendidik anak masing-masing dengan mengatakan tanggungjawab itu terletak pada universiti atau kolej itu dalam mendapatkan peluang pekerjaan tersebut.

“Ya YB. Maybe we should educate the parent that university graduate are clever enough to create a job. U know what YB, most of my under educated frirnds are much more successful entrepreneur than those graduates,” tegasnya.

Freedy Disuk pula berkata, ‘budaya meminta tolong orang dalam masih ada lagi,’.

Joehari Mustapha pula berkata, anak-anak muda enggan bekerja keras pada masa kini malah memberi contoh dirinya lepasan universiti luar negara namun menjual ikan di pasar sahaja. –MalaysiaGazette