Temubual bersama Eksklusif Ketua Pegawai Lapangan Terbang dan Pengalaman Pelanggan, Air Asia, S. Kesavan di Air Asia Red Q Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA). Foto SYADILA AMARI, 15 FEBRUARI 2024

KUALA LUMPUR – Berbekalkan pengalaman melebihi 25 tahun dalam industri penerbangan, seorang warga India, Kesavan Sivanandam kini menetap di Malaysia demi bertugas sebagai Ketua Pegawai Pengalaman Lapangan Terbang dan Pelanggan AirAsia Aviation Group.

Hampir enam tahun bersama AirAsia, beliau masih lagi rasa teruja dengan pekerjaannya sekarang.

Kesavan menyatakan kerjayanya bermula pada tahun 1998 sebagai pegawai daftar masuk Jet Airways di lapangan terbang Chennai sehinggalah bergelar ketua operasi lapangan terbang.

Walaupun pernah bekerja dengan nama-nama besar dan beberapa lapangan terbang paling sibuk dunia seperti India, Perancis, Qatar – beliau mengaku pengalaman paling menakjubkan adalah apabila bekerja di AirAsia di Malaysia yang diasaskan Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes.

Air Asia Red Q Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA). Foto SYADILA AMARI, 15 FEBRUARI 2024

“Saya sentiasa teruja untuk bekerja dalam industri penerbangan. Semasa melanjutkan pelajaran peringkat sarjana, saya mendapat tawaran untuk bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan sekitar tahun 1998 dengan Jet Airways di mana ia antara nama besar di India.

“Selepas itu, saya telah mendapat tawaran untuk bekerja bersama Air France di Paris, lapangan terbang paling sibuk dengan pelbagai laluan penerbangan ke Eropah serta lain-lain negara.

“Itu juga telah buka pintu untuk saya teroka pengalaman kerjaya yang baru bila mendapat tawaran ke Doha,” katanya.

Beliau memulakan kerjaya baharu selama hampir dua tahun dengan Qatar Airways, pelbagai perkara yang saya peroleh bersama syarikat penerbangan yang terkemuka dan meningkat naik dalam dunia penerbangan.

Selepas itu beliau kembali ke India untuk menyertai Kingfisher Airlines dan memegang jawatan pengurus stesen.

Temubual bersama Eksklusif Ketua Pegawai Lapangan Terbang dan Pengalaman Pelanggan, Air Asia, S. Kesavan di Air Asia Red Q Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA). Foto SYADILA AMARI, 15 FEBRUARI 2024

“Untuk makluman, jawatan ini umpama duta bagi mana-mana syarikat penerbangan,” katanya.

Kesavan  berbangga apabila mengetuai pasukan Kingfisher Airlines di Lapangan Terbang Chennai yang berprestij dan menganggap setiap detik memberikan pengalaman yang cukup berharga.

Beliau juga telah dinobatkan sebagai ‘Pengurus Stesen Terbaik’ selama tiga tahun berturut-turut, memperoleh anugerah pengiktirafan daripada syarikat penerbangan itu di mana menawarkan peluang untuk melanjutkan pengajian MBA penerbangannya di London.

“Setelah tamat pengajian, saya kembali ke India dan ditawarkan kenaikan pangkat sebagai Pengurus Besar Kingfisher Airlines yang berperanan penuh dalam memantau keseluruhan penerbangan di seluruh India. Pada 2013, saya sertai SpiceJet sehingga 2014.

“Selepas itu, AirAsia masuk ke pasaran India sebelum saya ditawarkan sebagai jawatan Ketua Operasi dan Pengalaman Pelanggan di Bengaluru dan bermula perjalanan saya yang istimewa dengan syarikat yang sinonim dengan slogan Now Everyone Ccan Fly.

“Sejak itu, saya tidak lagi menoleh ke belakang kerana setiap pengalaman, peluang yang ditawarkan di sini cukup penting, berharga dan sukar untuk hanya diluah dengan kata-kata sahaja,” ujarnya.

Kesavan berpandangan Tony sentiasa tampil dengan ciri kepimpinan berwawasan selain memiliki nilai-nilai seperti kesederhanaan, keprihatinan dan berpandangan jauh.

Temubual bersama Eksklusif Ketua Pegawai Lapangan Terbang dan Pengalaman Pelanggan, Air Asia, S. Kesavan di Air Asia Red Q Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA). Foto SYADILA AMARI, 15 FEBRUARI 2024

Beliau telah membentuk syarikat penerbangan yang bermula dengan perkhidmatan domestik ini kini menjadi nama besar di peringkat antarabangsa.

“Tony bukan sahaja seorang yang rendah diri dari segi peribadi mahu pun penampilan luarannya sebaliknya itulah sifat beliau yang sebenar bukan sahaja kepada umum tetapi kepada rakan sekerja dan kakitangan secara keseluruhan.

“Walaupun namanya dikenali ramai tetapi beliau tetap menjadi dirinya yang sebenar.

“Aspek utama ciri-ciri kepimpinan Tony adalah beliau sering mempunyai pandangan yang penuh berwawasan. Pada waktu seluruh dunia mengalami kesukaran dengan kesan pengdigitalan dan automasi semasa pandemik, AirAsia telah menetapkan landasan untuk evolusi digitalnya sejak awal 2017-2018 lagi,” katanya.

Menurutnya, AirAsia juga menawarkan penambahan baharu kepada pengalaman penumpang dengan peningkatan yang luar biasa dalam pendaftaran kendiri dari 30 peratus sebelum pandemik hingga lebih dari 80 peratus sekarang, serta transformasi aplikasi AirAsia MOVE membuktikan pandangan jauh dan wawasan Tony.

Sambung Kesavan, pengalaman puluhan tahun dalam industri penerbangan telah mengajarnya pelbagai aspek termasuklah perusahaan penerbangan, pembuatan pesawat, perkhidmatan lapangan terbang dan banyak lagi.

“Segalanya yang ditawarkan oleh AirAsia ialah budaya unik serta peluang yang menakjubkan, dan telah menyaksikan secara langsung evolusi AirAsia menjadi sebuah kuasa global.

“Nilai inklusif organisasi ini dan penekanan terhadap keselamatan, yang menjadi teras komitmen AirAsia untuk memupuk budaya kecemerlangan dan inovasi,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here