Mohamad Ariff Md. Yusof

KUALA LUMPUR – Istiadat pembukaan mesyuarat penggal kedua Parlimen ke-14 akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 11 Mac tahun depan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berkata, mesyuarat pertama itu berlangsung selama 20 hari sehingga 11 April 2019.

Manakala mesyuarat kedua mulai 1 hingga 18 Julai dan mesyuarat ketiga pada 7 Oktober hingga 5 Disember.

Sementara untuk Dewan Negara pula, mesyuarat pertama bermula dari 11 Mac hingga 22 April 2019.

Mesyuarat kedua selama tujuh hari mulai 22 Julai hingga 31 Julai dan mesyuarat ketiga dari 9 hingga 19 Disember. – MalaysiaGazette