Orang ramai hari ini menerima satu mesej daripada aplikasi WhatsApp memberitahu sesiapa yang mengadakan kunjungan ke Kubang Pasu, Kedah diminta untuk melakukan kuarantin diri.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Orang ramai hari ini menerima satu mesej daripada aplikasi WhatsApp memberitahu sesiapa yang mengadakan kunjungan ke Kubang Pasu, Kedah diminta untuk melakukan kuarantin diri.

Menurut mesej yang tular itu, semua ibu-bapa yang melakukan lawatan ke beberapa kawasan itu untuk memastikan kesihatan anak-anak mereka dalam keadaan yang optimum sebelum menghantar mereka ke sekolah, esok hari.

“Perhatian kepada semua ibu bapa

“Murid-murid yang bercuti hari raya di DAERAH KUBANG PASU dan Bandar/Pekan yang berada dan berdekatan dengan daerah Kubang Pasu sila pastikan tahap kesihatan anak-anak . Jika tuan puan dan anak-anak pernah mengunjungi tempat-tempat yang berisiko tinggi di sana mohon kuarantin diri selama 14 hari bagi mengelakkan penularan kluster baru Sivagangga

1. Kepala Batas
2. Jitra
3. Tunjang
4. Padang Serai
5. Kodiang
6. Napoh
7. Changlun
9. Perik
10. Hosba
11. Ayer Hitam
12. Kerpan
13. Sanglang
14. Kemboja
15. Gunung Keriang
16. Sungai Korok (balai pos),” tulis mesej berkenaan.

Minggu lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat kluster baru dikenal pasti di Kedah iaitu Kluster PUI Sivagangga, India.

Ia membabitkan seorang pemilik kedai nasi kandar dan empat kes positif dalam kluster terbabit ialah pekerja premis terbabit.

Premis itu sudah ditutup untuk menjalani proses pembersihan dan nyah kuman.

Pemilik kedai nasi kandar itu telah dikompaun RM1,000 kerana ingkar arahan kuarantin di rumah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, lelaki berusia 57 tahun itu dipercayai pulang dari India pada 13 Julai lalu dan perlu menjalani kuarantin wajib di rumah selama 14 hari.

Difahamkan, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mejawab mengenai mesej yang tular ini dalam sidang media mengenai perkembangan Covid-19 di Dewan Rakyat, hari ini.