500 pelajar badan beruniform USIM menyertai majlis perbarisan badan beruniform baru-baru ini.

NILAI – Kira-kira 500 pelajar badan beruniform menyertai majlis perbarisan badan beruniform Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang telah diadakan semula
setelah ditangguhkan selama tiga tahun kerana penyebaran wabak covid-19 di Kompleks Sukan Tunku Najihah USIM.

Majlis ini merupakan inisiatif daripada Pusat Pembangunan Kemahiran Pelajar dan Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah bertujuan untuk mengumpulkan pelajar badan beruniform dan merapatkan hubungan antara pelajar sesama mereka.

Tujuan majlis ini ialah untuk merapatkan hubungan pelajar beruniform dengan pengurusan universiti dan dapat menunjukkan bagaimana pelajar-pelajar memimpin antara satu sama lain.

Naib Canselor USIM, Professor Datuk Dr Sharifudin Md Shaarani berkata, beliau bangga dengan pelajar yang menyertai kokurikulum berbadan uniform kerana pengajaran dan pembelajaran yang diterima tidak akan dapat dalam bilik kuliah sahaja dan diharapkan aktiviti di luar kelas dapat meningkatkan jati diri pelajar-pelajar.

“Penglibatan di dalam badan beruniform tentunya meningkatkan kekuatan mental dan fizikal serta mampu menjadikan pelajar sebagai insan yang bersyukur,” katanya ketika berucap di majlis tersebut.

Terdapat enam unit badan beruniform di USIM iaitu Pasukan Pegawai Simpanan(PALAPES), Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Malaysia(SISPA), Sukarelawan
Siswa Siswi Polis Diraja Malaysia(SUKSIS), Pegawai Bomba Bantuan Siswa, Bulan Sabit Merah(BSM) dan Pandu Puteri. – MalaysiaGazette

Nadiana Zulkifli