Monica Witt. foto BBC

WASHINGTON – Pendakwa Amerika Syarikat telah menuduh bekas pegawai angkatan tentera udara negara itu menjadi pengintip untuk Iran dalam operasi rumit yang mensasarkan pegawai perisikannya.

Monica Witt, didakwa membelot kepada Iran pada tahun 2013.

Sebelum itu beliau merupakan pegawai perisikan Amerika Syarikat.

Empat warga Iran juga didakwa cuba memasang perisian pengintip di komputer yang dimiliki oleh rakan-rakan Witt.

Menurut Biro Perisikan Persekutuan (FBI), kali terakhir Witt dilihat di barat daya Asia pada bulan Julai 2013.

Pendakwa raya mengatakan Witt telah diberikan tahap tertinggi pelepasan keselamatan oleh Amerika Syarikat dan bekerja di tentera udara negara itu dari tahun 1997 hingga 2008.

Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat juga telah mengenakan sekatan ke atas dua syarikat Iran – New Horizon Organization danNet Peygard Samavat kerana dua peranan mereka dalam plot berkenaan.

“Hari yang menyedihkan bagi Amerika apabila salah seorang warganya mengkhianati negara, kata Penolong Jeneral John Demers, Ketua Bahagian Keselamatan Negara.

Witt didakwa berkongsi rahsia-rahsia kerajaan Amerika Syarikat termasuk nama-nama ejen dan operasi secara spesifik dengan Iran sejak awal Januari 2012.

Dalam dokumen pendakwaan, penyiasat mengatakan Witt yang berusia 39 tahun itu dikerahkan oleh Amerika Syarikat ke lokasi di Timur Tengah untuk menjalankan operasi perisikan.

Pendakwa mendakwa, tidak lama selepas berpindah ke Iran, Witt menyerahkan maklumat mengenai rakan-rakannya untuk menyebabkan “kerosakan serius” kepada Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette