Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dipercayai menghilangkan diri selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini, petang semalam.
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

AMPANGĀ – Kebimbangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai penyebaran dan penularan berita palsu berasas kerana ia berjaya menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos berkata, kebimbangan itu juga diperjuangkan kerajaan Pusat pada masa ini yang memperkenalkan Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar 2018 di Parlimen.

“Kita sememang akur kepada titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, dan inilah sebenarnya diperjuangkan oleh kerajaan pusat. Tercetusnya berita-berita palsu ketika PRU-11, PRU-12 dan PRU-13 yang dimulakan oleh Red Bean Army ciptaan DAP.

“Melihat kejayaan ketika PRU-12, berjaya menawan beberapa negeri, jadi mereka cuba menggunakan berita-berita palsu lagi untuk memesongkan pemikiran rakyat dan menghasut rakyat.

“Ia bertujuan supaya rakyat terus membenci kerajaan walaupun perkara itu mereka tahu adalah perkara dusta, palsu dan fitnah,” katanya pada sidang media di pejabat Gabungan NGO 1Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas titah Sutlan Selangor, Sutlan Sharafuddin Idris Shah semalam yang melahirkan rasa bimbang terhadap penyebaran berita palsu di laman media sosial boleh mengundang perpecahan rakyat khususnya di negeri itu.

Jamal juga berkata, kebimbangan Sultan Selangor juga berasas dan menggesa masyarakat mendapatkan maklumat yang berfakta dan bukannya menerima tanpa usul periksa berita yang disebarkan di laman media sosial.- MalaysiaGazette