Home Ekonomi Perodua Bezza dapat pengiktirafan MRM

Perodua Bezza dapat pengiktirafan MRM

Perodua Bezza

KUALA LUMPUR – Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM), sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), mengiktiraf Perodua Bezza sebagai kereta terbaik di bawah kategori ‘awam dan produk pengangkutan’ tahun 2016.

Anugerah itu disampaikan dalam majlis Anugerah Reka Bentuk Terbaik Malaysia anjuran MRM baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh berkata, pengiktirafan itu merupakan penghargaan kepada kenderaan tempatan yang memiliki standard global.

Perodua Bezza telah dianugerahkan Kereta Terbaik Malaysia 2017 Frost & Sullivan dan Pelancaran Kereta Terbaik Malaysia Frost & Sullivan baru-baru ini.

Kereta itu dilancarkan pada 21 Julai tahun lalu dan menjadi kereta paling laris sedan bagi suku pertama tahun ini dengan jualan sebanyak 15,900 buah.

Sebanyak 50,900 buah Perodua Bezza dijual sejak Julai tahun lalu. – MalaysiaGazette