Keadaan bangkai-bangkai pesawat MH17 yang bertaburan dan manjadi tumpuan orang ramai semasa tinjauan di lokasi tragedi MH17 terhempas di Ukraine. Krew MalaysiaGazette berada Grovova, Ukraine pada 22 Julai 2014. Foto : NOOR ASREKUZAIREY SALIM

AMSTERDAM – Terdapat ‘material dalam jumlah yang besar’ yang mencadangkan penerbangan MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine secara tidak sengaja, kata ketua pasukan penyiasatan insiden itu kepada akhbar, NRC.

Fred Westerbeke yang mengetuai pasukan antarabangsa melakukan siasatan jenayah terhadap serangan itu berkata, adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan tetapi terdapat sejumlah soalan yang perlu ditanya, lapor DutchNews.nl.

Secara khusus, pasukan itu ingin mengetahui kenapa pesawat milik Malaysia Airlines bukan ditembak jatuh daripada satu pasukan tentera udara ‘musuh’ Ukraine.

“Ia sangat penting kepada kami untuk mengetahuinya.

“Mengapa BUK digunakan untuk menjatuhkan pesawat penumpang dan bukannya pesawat pejuang atau pesawat Antonov dari Ukraine. Apakah sasarannya?,” katanya.

Seramai 298 orang yang berada dalam pesawat MH17 terkorban apabila ia ditembak jatuh oleh peluru berpandu pada 17 Julai 2014 dan pesawat tersebut terhempas di ladang di timur Ukraine. Dua pertiga daripada penumpang pesawat itu adalah warga Belanda.

Pada tahun lalu, siasatan awal Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) membuat kesimpulan bahawa pesawat itu ditembak jatuh dengan menggunakan peluru berpandu BUK yang ‘dikuasai puak pemisah Rusia’.

Bagaimanapun Rusia mempertikaikan kesimpulan tersebut dengan mendakwa pesawat pejuang Ukraine yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat itu. – MalaysiaGazette

Comments are closed.