Petr cech dilantik sebagai penasihat teknikal Chelsea semalam.

LONDON – Chelsea mengesahkan pelantikan Petr Cech sebagai Penasihat Teknikal baharu.

Bekas penjaga gol the Blues itu bersara dari dunia bola sepak selepas aksi final Liga Europa Arsenal yang dijinakkan Cjelsea 4-1 di Baku Azerbaijan Mei lalu.

Cech melakukan 443 penampilan dalam EPL dan rekod 202 tangkapan bola tanpa bolos.

“Saya rasa bengga kerana berpeluang menyertai the Blues sekali lagi dan membantu kelab ini mencapai kegemilangan pada masa akan datang.

‘Saya sedia menyahut cabaran baharu ini dan mahu menggunakan sepenuhnya segala pengetahuan dan pengalaman saya untuk membantu pasukan mengecapi kejayaan pada masa depan,” katanya.

Pengarah Chelsea Marina Granovskaia menambah, kelabnya  mengalu-alukan semula Petr kembali ke Stamford Bridge.- MalaysiaGazette