Muhammad Bakhtiar Wan Chik. foto FAREEZ FADZIL

GEORGE TOWN – PKR Pulau Pinang hari ini memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap ahlinya yang belot dan mencemarkan nama baik parti itu.

Pengerusi PKR Pulau Pinang, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pulau Pinang mendapati beberapa cabang parti melakukan aktiviti politik khianat itu dan ia mendapat liputan media.

“Melihat kepada kenyataan yang disebut oleh pihak ini, kami ingin menegaskan bahawa terdapat kepincangan serta percanggahan maklumat yang nyata berkenaan jumlah anggota yang akan dan telah keluar parti dari setiap cabang,” katanya dalam satu kenyataan.

Sabtu lepas, sembilan cabang di negeri ini dengan jumlah keseluruhan 2,500 ahli dilaporkan mendakwa keluar daripada parti itu. Sembilan cabang itu ialah Jelutong, Tanjong, Balik Pulau, Bayan Baru, Bukit Gelugor, Tasek Gelugor, Bagan, Batu Kawan dan Nibong Tebal.

Muhammad Bakhtiar yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau juga berkata, parti itu telah menerima aduan berkenaan penularan video yang bertujuan membuat provokasi terhadap kepimpinan parti dan laporan serta aduan berhubung perkara itu akan diserahkan kepada Lembaga Disiplin Parti.

Dalam pada itu, Muhammad Bakhtiar berkata, pemimpin dan ahli PKR Pulau Pinang sentiasa memberi sokongan penuh kepada penyatuan serta kerjasama gabungan Pakatan Harapan (PH) sama ada di peringkat negeri mahupun pusat. – Bernama

3 Komen

  1. Cepat. Kasi keluar semua ahli. Biar pupus terus PKR pun xpe. Parti dgn 1 jer agenda. Menjadikan Bang Non PM.

    Oh maaf. Ahli parti anda dah pun mula keluar parti secara berjemaah, serata Malaysia.

  2. Sepatutnya pengkhianat dan konco2 mereka disingkirkan sejak awal lagi supaya tidak menjadi barah dalam parti.
    PKR harus terus berjuang demi rakyat dan negara.
    Kepimpinan PKR mesti tabah dgn dugaan ini.

Comments are closed.