Hock Chuang merenung nasib apabila terpaksa tinggal dipondok usang yang dibina menggunakan barangan terpakai bersebelahan sebuah pusat beli belah dan kondominium mewah di Jalan Persisiran Bunga Raya di sini. sejak tiga tahun lalu setelah tidak mampu membayar sewa bilik RM200 sebulan kerana penyakit kaki dialami semakin serius.

MELAKA – Hanya tinggal di pondok usang yang dibina menggunakan barangan terpakai bersebelahan sebuah pusat beli belah dan kondominium mewah di Jalan Persisiran Bunga Raya, di sini.

Itu nasib hidup dialami warga emas, Tan Hock Chuang, 62, yang berteduh di ‘syurganya’ itu sejak tiga tahun lalu setelah tidak mampu membayar sewa bilik RM200 sebulan kerana penyakit kaki dialami semakin serius.

“Dulu saya bekerja sebagai penjaga parkir dengan pendapatan sekitar RM40 sehari jadi dapatlah bayar sewa bilik tapi terpaksa berhenti tiga tahun lalu apabila penyakit kaki semakin serius.

“Saya tak mampu bergerak seperti dulu apabila kaki kanan akan membengkok seperti terseliuh dan tulang buku lali seperti mahu terkeluar, membuatkan rasa terlalu sakit,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Hock Chuang terpaksa
tinggal dipondok usang yang dibina menggunakan barangan terpakai bersebelahan sebuah pusat beli belah dan kondominium mewah di Jalan Persisiran Bunga Raya di sini.
sejak tiga tahun lalu setelah tidak mampu membayar sewa bilik RM200 sebulan kerana penyakit kaki dialami semakin serius.

Menurutnya, dia cuba mendapatkan rawatan di hospital, namun tidak mampu membayar kos pembedahan kira-kira RM45,000 sehingga ia terpaksa dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur.

“Sejak itu, saya terpaksa bina pondok kecil menggunakan barangan terbuang tanpa kemudahan api dan air malah terpaksa menumpang tandas pusat beli-belah yang terletak bersebelahan.

“Mujurlah juga ada yang simpati memberikan saya basikal dan tongkat bagi memudahkan saya bergerak untuk mengutip tin dan botol terpakai sebelum dijual,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional 0410041100114937 atas penama Tan Hock Chuang. – MalaysiaGazette