Romelu Lukaku
Romelu Lukaku

ENGLAND – Romelu Lukaku akan dikenakan hukuman denda kerana tidak hadir ke latihan pasukan Manchester United tanpa kebenaran hari ini.

Bintang antarabangsa Belgium itu dilaporkan berada bersama pasukan lamanya Anderlecht dan berlatih dengan pasukan itu sejak dua hari lalu.

Kelab Serie A Inter Milan dan Juventus berlumba untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 26 tahun itu.

Lukaku tidak beraksi dalam perlawanan jelajah pramusim disebabkan kecederaan.

Pada Julai the Red Devils menolak tawaran 54 juta pound yang dikemukakan Inter Milan untuk Lukaku.

Pengurusnya Antonio Conte mengesahkan Lukaku adalah sasaran utama beliau untuk memperkuatkan jentera serangan Inter.

“Saya berpendapat dia (Lukaku) dapat menaikkan prestasi pasukan Inter atas padang musim ini,” katanya.

Lukaku menyertai Red Devols dari Everton dengan nilai 75 juta pound pada Julai 2017.

Lukaku sepanjang musim lalu di Old Trafford menjaringkan 12 gol.- MalaysiaGazette