Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin bergambar beramai-ramai bersama tetamu yang hadir selepas hadir ke Forum Istimewa sempena Hari Wanita 'Women’s Leadership: Past, Present & Future’ di Wisma WIM, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 25 OGOS 2020. foto MOHD ADZLAN, 25 OGOS 2020.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mendiskriminasi negeri yang ditadbir oleh pembangkang dalam membina Projek Perumahan Rakyat (PPR). 

Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menegaskan tuduhan yang dibuat oleh Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo baru-baru ini adalah tidak benar.

Malah ujar Zuraida, semasa menjadi menteri Pakatan Harapan (PH) kebajikan di negeri-negeri yang ditadbir parti seteru tetap dijaga, atas nama kepentingan kebajikan rakyat.

“Tidak betul ada yang telah dibina seperti PPR Kg Permatang Tok Suboh, yang terkini selepas tahun lalu saya rasmikan, ada juga. Apa yang dia cakap tidak betul

“Saya rasa apa yang dia rasa itu adalah biasa, bila rasa jadi kerajaan negeri rasa disisihkan juga dalam politik.

“Jagdeep sepatutnya faham sebab semasa saya dalam Pakatan Harapan saya juga tetap jaga kebajikan negeri lain, tidak ada diskriminasi sama sekali,” katanya ketika ditemui di Institut Pengurusan Wanita (WIM) hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Jagdeep bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow telah bertanya kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 11 Ogos mengenai pelaksanaan projek PPR di seluruh negara tahun ini dan jumlah kosnya.

Namun ujarnya , KPKT membalas dengan sepucuk surat rasmi menyatakan walaupun tiada projek PPR baharu yang diluluskan, 11 projek PPR sedia ada di bawah “Rolling Plan” ke-4 tahun ini dilaksanakan dengan jumlah anggaran kos sebanyak RM890 juta. -MalaysiaGazette