Cory Booker. Foto ABC News.

WASHINGTON – Calon Demokrat, Cory Booker akanĀ  bertanding dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) dalam usaha untuk menyingkirkan Donald Trump pada 2020.

CNN melaporkan, Booker yang juga Senator New Jersey akan membawa imej lelaki berketurunan Afrika-Amerika dalam kempennya kelak.

Calon Demokrat lain yang turut bertanding termasuk musuh ketat Trump, Elizabeth Warren dan Senator California, Kamala Harris.

Kamala bakal mencipta sejarah menjadi wanita berketurunan Afrika-Amerika pertama menyandang jawatan itu jika berjaya memenangi pilihan raya itu.

Sementara itu, Booker mula mendapat perhatian ketika menjadi penyiasat kepada penasihat Mahkamah Agung Trump, Brett Kavanaugh ketika perbicaraan berprofil tinggi pada September lalu.

Lelaki berusia 49 tahun itu pernah mendedahkan e-mel sulit yang merujuk kepada kedudukan Kavanaugh berhubung isu diskriminasi kaum dan bersedia kehilangan kerusi Senat kerana mendedahkannya.

Memilih pendekatan politik mesra, Booker mengelak berdepan konflik terbuka dengan Trump dan membuat pengumuman untuk bertanding di video sambil mengimbas latar belakang kepayahannya dan keluarga yang hidup dalam komuniti bandar terpinggir akibat perkauman.

Booker yang masih bujang akan menjadi presiden AS pertama yang masih belum berkahwin sejak 1884 sekiranya terpilih.