Home Dunia Presiden Peru letak jawatan

Presiden Peru letak jawatan

Pedro Pablo Kuczynski. foto Agensi

LIMA – Presiden Peru, Pedro Pablo Kuczynski meletakkan jawatan selepas dituduh terlibat dalam skandal beli undi.

Beliau yang menafikan dakwaan itu, bagaimanapun melepas jawatan itu kerana tidak mahu menjadi penghalang kepada pembangunan negara.

Pemimpin parti di Kongres bersetuju untuk menerima peletakan jawatan Kuczynski selepas presiden itu menghadapi undi pemecatan pada hari Khamis.

Tekanan terhadap Kucynski semakin meningkat selepas rakaman menunjukkan sekutu-sekutunya menawarkan ganjaran kewangan kepada ahli politik pembangkang jika mereka menyokongnya dalam undi.

Kuczynski, 79, terselamat daripada undi pemecatan berasingan pada bulan Disember.

Pesaing-pesaingnya mahu menjatuhkannya kerana beliau didakwa menerima bayaran haram dari syarikat pembinaan gergasi Brazil, Odebrecht.

Beliau memegang kuasa dengan margin tipis dan menuduh pihak pembangkang cuba untuk merancang rampasan kuasa. – MalaysiaGazette