Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menegaskan sepatutnya Kadir menghormati penjelasan Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja Melayu berhubung aduan SPRM itu.
Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menegaskan sepatutnya Kadir menghormati penjelasan Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja Melayu berhubung aduan SPRM itu.

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa menggariskan formula ‘5P’ untuk UMNO mencatur strategi bagi memenangi pilihan raya umum akan datang.

Prinsip 5P itu iaitu Pemimpin, Parti, Persahabatan, Pengundi dan Perjuangan alam mencapai dan merapatkan saf perjuangan.

Katanya, kesetiaan kepada pemimpin dan parti mestilah diutamakan bagi meneruskan kesinambungan parti UMNO.

Sejak awal penubuhan UMNO lagi dasar memelihara persahabatan dan permuafakatan antara UMNO, MCA dan MIC merupakan tapak kekuatan Barisan Nasional.

“Kita juga perlu bersedia untuk berkhidmat kepada pengundi dan bukan hanya berkhidmat secara bermusim kerana kekuatan kita adalah daripada rakyat di akar umbi,” katanya dalam ucapan di Majlis Penerangan dan Pemantapan Ilmu Pejuang Melayu di sini.

Acara itu turut dihadiri Timbalan Ketua Umno Bahagian Gombak, Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan kira-kira 300 orang penduduk di kawasan Parlimen Gombak.

Prinsip yang terakhir iaitu kepercayaan kepada perjuangan parti, agama, bangsa dan negara juga merupakan faktor yang penting dalam memastikan kemenangan UMNO. – MalaysiaGazette