Pesawat Bombardier Global 5000 milik Jho Low yang tersadai di Lapangan Terbang Singapura. foto Agensi
Pesawat Bombardier Global 5000 milik Jho Low yang tersadai di Lapangan Terbang Singapura. foto Agensi

KUALA LUMPUR – Malaysia sedang berbincang dengan beberapa pihak berkuasa untuk membawa membawa balik pesawat peribadi milik Low Taek Jho.

Ada pihak-pihak yang diamanahkan untuk melakukan perbincangan tersebut, kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

“Saya telah dimaklumkan mengenai rundingan itu tetapi tidak terlibat secara langsung dengannya,” kata beliau hari ini.

Ogos lalu, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan membawa pulang jet peribadi milik Jho Low yang dirampas di Singapura kerana didakwa mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dr. Mahathir berkata, rundingan untuk membawa pulang pesawat tersebut sedang dijalankan oleh mereka yang terlibat.

Perdana Menteri membuat kenyataan itu selepas Malaysia berjaya membawa balik kapal mewah Equanimity dari Indonesia.

Pesawat Bombardier Global 5000 itu merupakan antara aset yang didakwa dibeli oleh jutawan itu dengan menggunakan dana 1MDB.

Kapal terbang itu yang disita oleh Singapura pada Februari tahun lalu selepas ia mendarat di Lapangan Terbang Seletar, Singapura. – MalaysiaGazette