Kenderaan yang membawa Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat tiba bagi menghadiri Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu bagi membincangkan pemilihan calon Perdana Menteri di Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 20 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Raja- Raja Melayu memulakan mesyuarat khas petang ini bagi memilih pengganti Perdana Menteri yang baharu.

Perbincangan tersebut dijadual bermula pukul 3 petang dengan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Bermula dengan kerangkatan ketibaan Pemangku Raja Muda Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tiba pukul 1.58 petang.

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan melambai tangan ketika tiba bagi menghadiri Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu bagi membincangkan pemilihan calon Perdana Menteri di Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 20 OGOS 2021.

Ia diikuti dengan kebarangkatan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang tiba pukul 2.14 petang dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tiba pukul 2.22 petang.

Sultan keempat yang dilihat berangkat tiba adalah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang muncul dihadapan petugas media pukul 2.24 petang dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Pembesar negeri yang terakhir dilihat berangkat tiba iaitu yang di-Pertuan Nesar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir pukul 2.36 petang.

Bagaimanapun, kelibat kenderaan yang membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar; Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail tidak kelihatan. – MalaysiaGazette