Dr Ahmad Masrizal Muhammad

KUALA LUMPUR – Enam negeri merekodkan kadar rizab margin air terawat di bawah paras 15 peratus selepas sehingga suku kedua tahun ini.

Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad berkata, enam negeri itu ialah Johor sebanyak 11.3 peratus, Sabah (8.3 peratus), Perlis (7.1 peratus) dan Selangor (1.5 peratus).

Manakala kadar rizab margin air terawat di Kelantan serta Kedah berada pada tahap negatif.

Kelantan setakat suku kedua tahun ini berada pada negatif 0.2 peratus, manakala Kedah ialah negatif 2.3 peratus.

Menurutnya, rizab margin air terawat dijangka meningkat sebanyak 10 peratus apabila Loji Rawatan Air (LRA) Fasa 1 Langat 2 di Selangor siap sepenuhnya pada tahun.

Projek Loji Kampung Teluk di Kelantan dengan kapasiti 30 juta liter sehari (JLH) yang dijangka siap pada tahun depan akan meningkatkan rizab margin sebanyak empat peratus.

Sementara, lima loji air di Kedah dalam proses melantik kontraktor dan apabila siap pada 2023 nanti, ia akan meningkatkan rizab margin kepada 21 peratus,” katanya di pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen (PN-Jerantut), Datuk Ahmad Nazlan Idris yang bertanyakan inisiatif kerajaan untuk mengatasi isu margin rizab air terawat negara yang kini berada pada tahap rendah dan rancangan jangka panjang bagi menambah punca air.

Masrizal berkata, hingga suku kedua tahun ini, kadar rizab margin air terawat di seluruh negara berada pada tahap 11.5 peratus iaitu bersamaan 1,943 JLH.

Sehubungan itu, katanya, beberapa pendekatan giat dilaksanakan bagi meningkatkan kadar rizab air terawat, khususnya bagi negeri-negeri yang mencatatkan paras air yang membimbangkan.

Antaranya pendekatan itu termasuk embinaan loji rawatan air baharu dan menaik taraf loji rawatan air sedia ada supaya kapasiti pengeluaran loji rawatan air dapat dipertingkatkan.

“Kita juga melaksanakan program kadar air tidak berhasil (NRW) dengan merangkumi kerja-kerja penggantian paip yang usang dan pembaikan tangki-tangki perkhidmatan yang rosak serta bocor.

“Pelaksanaan pengurusan permintaan air dibuat bagi mengurangkan permintaan bekalan air melalui pelbagai kaedah seperti penggunaan mandatori produk cekap air, penerokaan sumber air alternatif, audit kecekapan penggunaan air dan penggunaan sumber air yang lebih berkesan di semua sektor ekonomi seperi domestik, industri serta pertanian.

“Sejajar faktor perubahan iklim, kerajaan menetapkan dasar baru penerokaan sumber air menerusi pembinaan kolam takungan di kawasan hilir sungai melalui kaedah Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS), pembinaan ampang jajar, pembinaan perigi takungan melintang dan lain-lain,” tambahnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.