Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Robert Kuok diserbu pihak media selepas menghadiri mesyuarat dan meninggalkan Menara Ilham, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 22 MEI 2018.
Robert Kuok diserbu pihak media selepas menghadiri mesyuarat dan meninggalkan Menara Ilham, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 22 MEI 2018.

KUALA LUMPUR – Robert Kuok kekal sebagai individu terkaya di Malaysia dengan nilai bersih AS$12.8 bilion, menurut Forbes Asia.

Dalam satu kenyataan hari ini, Forbes berkata, Kuok berjaya mengekalkan kedudukan teratasnya, walaupun kekayaannya susut sebanyak AS$2 bilion.

Forbes berkata, seramai 30 hartawan yang disenaraikan dalam Forbes Malaysia Rich 2019 menyaksikan kekayaan mereka merosot.

Hanya 11 individu sahaja yang meraih keuntungan.

Sementara itu, bekas Pengerusi Hong Leong Capital, Tan Sri Quek Leng Chan menambah kekayaan sebanyak AS$2.2 bilion untuk kekal pada kedudukan kedua dengan nilai kekayaan sebanyak AS$ 9.4 bilion.

Pengasas Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow pula berada pada kedudukan ketiga dengan nilai kekayaan sebanyak AS$6.7 bilion.

Ahli perniagaan, Ananda Krishnan di tempat keempat dengan jumlah kekayaan sebanyak AS$6.2 bilion selepas susut sebanyak AS$900 juta.

Pengerusi Eksekutif IOI Corporation, Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation berada dalam kelima dengan jumlah kekayaan AS$5.4 bilion, susut sebanyak AS$200 juta.

Sementara itu, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary pula kekal pada kedudukan ke-12 dengan nilai kekayaan sebanyak RM1.7 bilion, jatuh sebanyak AS$200 juta. – MalaysiaGazette