Ketua Umum Urusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Syeikh Prof. Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz as-Sudais merasmikan operasi robot berkenaan semalam.

MEKAH – Pengurusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi  memanfaatkan inovasi alat pintar dengan penggunaan robot pembantu.

Ketua Umum Urusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Syeikh Prof. Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz as-Sudais merasmikan operasi robot berkenaan semalam.

Penggunaan teknologi membawa nilai positif dalam melayani para jemaah haji dan salah satu kelebihannya memberi arahan kepada para jemaah haji dan umrah tata cara pelaksanaan ibadah dan memberikan fatwa dan jawaban kepada sesiapa sahaja yang bertanya.

Malah ia dapat ditambahkan terjemah langsung dengan pelbagai bahasa dan dikendalikan secara jarak jauh.

Robot itu boleh memahami 11 bahasa termasuk Bahasa Arab, Inggeris, Perancis, Rusia, Iran, Turki, Melayu, Urdu, China, Benggal dan Housa.

Robot itu juga memiliki layar sentuh ukuran 21 inci yang dapat dimanfaatkan dalam pengoperasian beberapa pelayanan penting bagi para pengunjung Masjidil Haram, kata satu kenyataan hari ini.

Robot  berkenaan memiliki empat roda yang dibekali dengan sistem penghentian pintar yang dapat digerakkan dengan baik dan mudah, sistem kamera di bahagian depan dan bawah, canggih dan terang dalam pengambilan foto serta dapat mengambil foto di sekelilingnya.

Ia juga memiliki alat bantu dengar dengan suara yang jelas, mikrofon dengan kualiti penyerapan canggih untuk pemindahan suara dengan terang dan sistem wi-fi yang memiliki kecepatan 5 GHz berfungsi dalam memindahkan data dengan cepat.- MalaysiaGazette