Chris Smalling.

LONDON – AS Roma dilaporkan bersedia melancarkan tawaran baharu kepada Manchester United dalam misi untuk mendapatkan pemain pertahanan The Red Devils, Chris Smalling secara tetap.

Menurut media Itali, kelab itu Roma itu dalam proses untuk mengadakan rundingan dengan United mengenai status pinjaman Smalling.

Roma dikatakan optimis dan berharap mereka akan tetap dapat menggunakan khidmat pemain pertahanan berusia 30 tahun itu lagi pada musim depan.

Roma yang meminjam Smalling dari United pada musim ini berpuas hati dengan prestasi pemain itu sehingga membuatkan mereka mahu mengekalkannya menjadi pemain tetap mereka.

Menurut Il Tempo, Roma telah mengemukakan tawaran baru kepada United dengan berhasrat mereka mahu meminjam Smalling lebih lama dan seterusnya menukar status pemain itu menjadi tetap.

Tawaran Roma adalah dalam bentuk pinjaman untuk satu tahun lagi dengan nilai €3 juta dan sekiranya bersetuju dengan harga itu, Roma akan membayar sejumlah € 20 juta untuk mengekalkan Smalling di Olimpico. – MalaysiaGazette