Kumpulan Ruffedge

KUALA LUMPUR – Selepas mendapat sambutan luar biasa pada Ogos lalu, kumpulan R&B popular Ruffedge akan mengadakan lagi konsert di Singapura sempena meraikan tahun ke-20 penglibatan mereka dalam industri muzik.

Konsert dikenali Ruffedge 20th Anniversary itu akan berlangsung pada 6 Oktober ini di Zepp@BigBox bermula pukul 8.30 malam.

Konsert yang berdurasi selama dua jam ini akan menampilkan lagu-lagu popular mereka antaranya Tipah Tertipu, Khayalan, Da Bomb, Bila Rindu termasuk single terbaru berjudul Seperti Mereka.

Konsert ini bakal ditunggu-tunggu oleh peminat mereka di sana kerana kumpulan ini belum pernah mengadakan konsert di Singapura.

Awal Ogos lalu, Ruffedge telah mengadakan konsert solo pertama mereka di Kuala Lumpur pdan ia telah mendapat sambutan hangat dari peminat.

Sementara itu, harga Konsert Ruffedge 20th Anniversary
dijual bermula SGD 225 (pakej meet & greet), SGD 145 (pakej diamond) dan SGD 95 (pakej platinum).

Penjualan tiket bermula pada 7 Ogos lalu menerusi laman web www.myticket.com.sg dan www.myticket.asia.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi talian +65 8163 9197 / +65 3165 1506 atau sila layari www.shirazprojects.com. – MalaysiaGazette