Seorang gelandangan menadah tangan berdoa selepas membaca kitab suci Al-Quran ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 08 NOVEMBER 2017

MUTAKHIR ini negara kita dikejutkan dengan pelbagai musibah melanda. Di antaranya adalah ketidakstabilan politik, wabak Covid 19 dan banjir di beberapa buah negeri. Ramai orang kehilangan pekerjaan, kekurangan makanan serta terdapat keruntuhan rumah tangga akibat musibah yang melanda. Ibu bapa bekerja dari rumah dan anak anak pula bersekolah secara dalam talian dan alam maya. Ada ibu bapa yang mampu menyediakan komputer dan gajet serta Internet untuk anak anak mengikuti kelas secara atas talian.

Tetapi ada juga keluarga yang tidak mampu berbuat demikian kerana kekurangan sumber pendapatan. Kekurangan sentuhan bersemuka dan bersosial dengan masyarakat di keliling merupakan norma baru yang perlu dilalui oleh semua peringkat masyarakat bukan sahaja di Malaysia malah di pelusuk dunia.

Terdapat juga pandangan yang menyatakan bahawa perkara ini berlaku atas sebab teori konspirasi yang melabel pihak tertentu merancang dalam melakukan semua perkara ini. Hakikatnya, kita sebagai manusia dan orang Islam perlu percaya akan Qada dan Qadar yang menimpa manusia. Setiap apa yang berlaku di muka bumi ini sudah pasti ada sebabnya kenapa Allah SWT melakukan sesuatu perkara. Tidak lain dan tidak bukan untuk mengembalikan manusia ke arah yang lebih baik.

Antara tanda kasih dan cinta Allah kepada seseorang adalah
dengan menurunkan ujian demi ujian supaya manusia kembali kepadaNya. Bagi orang yang beriman, sifat sabar hendaklah dipupuk dalam diri manusia. Seperti dalam Surah Al Baqarah ayat 153, Allah berfirman “Wahai orang orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar”

Ini menunjukkan betapa pentingnya sifat sabar dan ditambah dengan solat apabila menghadapi musibah dalam kehidupan. baik. Antara tanda kasih dan cinta Allah kepada seseorang adalah
dengan Dia menurunkan ujian demi ujian supaya manusia kembali kepadaNya. Bagi orang yang beriman, sifat sabar hendaklah dipupuk dalam diri manusia. Mereka akan sabar apabila diuji oleh Allah dan akan bersyukur apabila diberi
nikmat oleh Allah. Semuanya adalah baik bagi mereka.

Seperti Kisah Nabi Yusuf AS yang pada mulanya cuba dibunuh oleh saudaranya dan dituduh dengan pelbagai tuduhan dan akhirnya dimasukkan ke dalam penjara. Akibat kesabaran
dan kebenaran serta kebijaksanaan yang Allah berikan kepada Nabi Yusuf AS, akhirnya Nabi Yusuf AS berjaya mentafsir mimpi raja. Kesabaran dan keteguhan hati dengan keyakinan pada
Allah SWT saat mendapat ujian berat nantinya akan membuahkan hasil yang setimpal. Meskipun terus mendapat ujian berat yang bertubi-tubi semasa hidupnya, Yusuf kemudian tetap berpegang
teguh pada Allah SWT. Setelah sabar menanti, Allah SWT kemudian memberikan kedudukan yang baik untuk Nabi Yusuf di Mesir dan mempertemukannya kembali dengan sang ayah dan
semua saudaranya.

Justeru itu, selain bersifat sabar dan mempunyai iman yang teguh pada Qada dan Qadar kita. sebagai orang Islam, juga perlu berusaha sedaya upaya merancang dan memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik. Kemudian barulah berserah dan bertawakkal kepada Allah. Seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w: Aku lepaskan unta aku dan aku bertawakkal? Baginda menjawab: Ikatlah unta itu dan bertawakkallah.

Kita seringkali bertanya pada diri kita sendiri, mengapa Allah menurunkan sesuatu musibah kepada kita. Kenapa tidak pada orang lain. Kita sering terlupa tentang rahsia Allah. Tiada satu pun musibah yang akan berlaku kecuali dengan perancangan dan izin Allah. Sama ada kita diberi nikmat atau ditimpa musibah, semua merupakan ujian kepada kita. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Mudah untuk seseorang memberi nasihat dan kata-kata sokongan tetapi ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan keimanan yang teguh untuk bangkit semula setelah ditimpa musibah. Peliharalah Allah, Allah akan pelihara kita dengan kita melakukan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah larang. Teruskan berusaha dengan sabar dengan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Allah. Moga Allah gantikan yang lebih baik di dunia dan di akhirat diatas ujian dan musibah yang menimpa. Wallahualam.

Dr Aspalilah Alias
Pensyarah Pergigian
Fakulti Pergigian, Universiti Sains Islam Malaysia &

Dr Noraina Hafizan Norman
Pensyarah Pergigian
Fakulti Pergigian, Universiti Teknologi MARA