Shamir Aziz menyampaikan sumbangan barangan kepada-Sahabat AIM yang terjejas dengan banjir di Baling, semalam.

KUALA LUMPUR – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memberikan moratorium bersasar selama enam bulan kepada Sahabat AIM di Baling, Kedah yang terjejas banjir.

Menurutnya, Sahabat AIM perlu membuat permohonan di cawangan masing-masing.

Seramai 115 Sahabat AIM terlibat dalam banjir yang melanda beberapa kawasan di sekitar Iboi, Jerai dan Kubang pada Isnin lalu.

Dalam pada itu, AIM berkata, pihaknya turut menghantar pasukan sukarelawan seramai 50 orang dalam misi bantuan banjir di Baling yang diketuai oleh Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz.

Sukarelawan ini turut membawa dua lori muatan satu tan barangan keperluan isi rumah yang keseluruhan bernilai RM50,000. – MalaysiaGazette