KUALA LUMPUR – Sakit jantung (ischaemic heart diseases) kekal sebagai sebab kematian utama di Malaysia dengan 15.6 peratus diikuti pneumomia sebanyak 11.8 peratus.

Selain itu, penyumbang lain ialah strok atau pembuluh darah pecah (cerebrovascular diseases) sebanyak 7.8 peratus diikuti kemalangan pengangkutan sebanyak 3.7 peratus dan chronic lower respiratory diseases (penyakit kronik sistem pernafasan) sebanyak 2.6 peratus.

Penyakit ischaemic heart diseases kekal sebagai sebab kematian utama bagi lelaki pada tahun 2018 sebanyak 17.8 peratus diikuti oleh pneumonia (11.1 peratus), cerebrovascular diseases (7.2 peratus), kemalangan pengangkutan (5.3 peratus) dan chronic lower respiratory diseases (2.9 peratus).

Cerebrovascular diseases merupakan sebab kematian utama ketiga tertinggi berbanding tempat keempat pada tahun 2017.

Manakala pneumonia kekal sebagai sebab kematian utama bagi perempuan dengan 12.8 peratus, diikuti oleh Ischaemic heart diseases (12.2 peratus), cerebrovascular diseases (8.7 peratus), barah payu dara (4.2 peratus) dan diabetes mellitus (kencing manis (3.2 peratus).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, diabetes mellitus kini berada di tempat kelima sebab kematian berbanding tempat ke-10 pada tahun 2017.

Kematian utama di bandar dan luar bandar pada tahun 2018 adalah ischaemic heart diseases, masing-masing mencatatkan 15.9 peratus dan 15.0 peratus.

Di kawasan bandar, Ischaemic heart diseases mencatatkan peningkatan 1.5 mata peratus sementara kawasan luar bandar meningkat 2.3 mata peratus.

Tambahnya, ischaemic heart diseases kekal menjadi sebab kematian utama bagi bumiputera iaitu 15.2 peratus diikuti pneumonia (11.9 peratus), cerebrovascular diseases (8.3 peratus), transport accidents (4.0 peratus) dan chronic lower respiratory diseases (3.0 peratus).

Pneumonia dan transport accidents masing-masing menurun pada  tahun 2018 sebanyak 1.1 dan 1.2 mata peratus.

Ischaemic heart diseases juga kekal menjadi sebab kematian utama bagi etnik Cina pada 14.8 peratus diikuti oleh pneumonia (11.7 peratus), cerebrovascular diseases (7.2 peratus), malignant neoplasm of trachea, bronchus and lung (tumor, tengkorok, salur pernafasan dan paru-paru sebanyak 3.9 peratus) dan malignant neoplasm of colon, rectum and anus (tumor kolon, rektum dan dubur sebanyak 2.9 peratus).

Menurut beliau, pneumonia menurun pada tahun 2018 berbanding tahun 2017 sebanyak 0.5 mata peratus.

Katanya, ischaemic heart diseases masih menjadi sebab kematian utama bagi etnik India iaitu 20.7 peratus diikuti pneumonia (11.0 peratus), cerebrovascular diseases (6.1 peratus), kemalangan pengangkutan (5.2 peratus) dan penyakit berkaitan hati (2.6 peratus).

Ischaemic heart diseases mencatatkan perubahan tertinggi sebanyak 1.2 mata peratus.

Dalam pada itu, pneumonia adalah sebab kematian utama bagi penduduk berumur 0 hingga 14 tahun pada 2018 iaitu 4.8 peratus diikuti kemalangan pengangkutan (3.7 peratus), kemalangan lemas and terendam (2.8 peratus), leukaemia (1.4 peratus) dan cerebrovascular diseases (0.9 peratus).

Pneumonia mencatatkan perubahan tertinggi pada tahun 2018 berbanding tahun 2017 sebanyak 0.7 mata peratus. – MalaysiaGazette