Salasiah Zakaria.

KUALA LUMPUR – Bekas penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) popular, Datin Salasiah Zakaria meninggal dunia akibat kanser pada usia 68 tahun semalam.

Allahyarham yang juga bekas editor berkhidmat di RTM selama 33 tahun.

Salasiah yang menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di Hospital Ampang menghidap kanser di kepala sejak tiga tahun lalu.

Namun selepas menjalani sesi kemoterapi, kansernya telah hilang.

Allahyarhamah yang terkenal dengan suara merdu dan lembut meninggalkan suami, Datuk Khamis Idris, 69, serta dua anak iaitu Khasnooriman, 38, dan Ahmad Mohar, 35.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Surau As-Syakirin, Ampang untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas, Ampang selepas solat Asar. – MalaysiaGazette