Saleem
Saleem menerima rawatan di Hospital Kajang selepas ter;libat dalam kemalangan di Cheras semalam.

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Saleem Abdul Majid atau lebih dikenali Saleem Iklim cedera apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya malam semalam.

Berdasarkan berita yang viral sejak semalam, vokalis berusia 57 tahun itu dikatakan patah 12 tulang rusuk dan satu tulang telah menusuk paru parunya.

“Beliau kini diletakkan dalam rawatan Unit Rawatan Rapi (ICU), di Hospital Kajang,” kata Darussofwah Rawatan Islam dalam kenyataan hari ini.

Motosikal yang ditunggang Saleem dipercayai dilanggar dari arah belakang semasa keluar ke kedai berdekatan kediamannya untuk membeli barang.

Sementara itu, Darussofwah meminta semua mendoakan Saleem segera sembuh.

Terdahulu, beberapa portal berita memetik isteri Saleem, Julia Bachok menyatakan bahawa artis itu telah dipindahkan ke wad biasa dari ICU dan berada dalam keadaan stabil. – MalaysiaGazette