Para pelanggan yang tidak melepaskan peluang untuk merasai pelbagai jenis makanan di Sembang Spontan Cafe, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 6 OGOS 2017.

KUALA LUMPUR – Sekali pandang tidak ada kelainan pada Sembang Santai Kafe namun pelanggan tidak putus-putus terutama pada hujung minggu.

Malah kafe di Jalan Pandan Utama, Pandan Kapital di Pandan Indah itu menjadi tumpuan baik waktu rehat pada hari bekerja mahu pun ketika Sabtu dan Ahad termasuk dalam kalangan selebriti dan orang kenamaan.

Rata-rata pelanggan menyimpulkan cajnya murah tapi kelazatan setiap menunya berbaloi.

Pelanggan yang sedang memilih makanan di Sembang Spontan Cafe, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 6 OGOS 2017.

Pemiliknya, Ahmad Shafique Abdullah berkata, Sembang Spontan Kafe merupakan ‘kembar’ kepada Restoran Comedy Planet milik selebriti, Adflin Shauki di pusat beli-belah Great Eastern di Jalan Ampang.

Kedua-dua mereka berkongsi sesetengah menu yang menjadi tarikan ramai terutama makanan Barat.

Pemilik restoran, Ahmad Shafique Abdullah menunjukkan sebahagian jenis makanan yang ada di restorannya di Sembang Spontan Cafe, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI.

Apa yang menjadi tarikan, Kafe Sembang Spontan menawarkan bufet murah bagi sarapan pagi setiap Sabtu dan Ahad serendah RM6.99 seorang.

Menurut Ahmad Shafiqe, menu sarapan pagi yang disediakan di menepati citarasa semua dan pengunjung tidak akan kecewa kerana sebanyak 25 jenis menu disediakan.

Antara menunya ialah nasi lemak, pulut, spagetti, lontong, soto, misup, bihun sup, roti canai, rendang ayam, sambal ayam, nasi himpit, pulut dan banyak lagi.

Selain menu sarapan, katanya, Kafe Sembang Spontan juga turut menyediakan masakan tengahari dan masakan panas pada sebelah petang dan malam.

Isteri Shafique Rosnah Yunus dan anaknya, Nur Syafiah Athiqah

Pelbagai masakan seperti nasi goreng, mi dan kue teow disediakan disamping satu hidangan istimewa iatu Nasi Goreng Sembang dan makanan laut.

Shafique berkata, menu popular di restorannya iaitu Shell Syiok boleh dinikmati penggemarnya pada sebelah malam.

Mengenai gelaran kafe berkenaan, Ahmad Syafique berkata, nama Sembang Spontan dicadangkan Afdlin yang juga rakan baiknya.

Seorang pelanggan tetap, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Abd. Hamid Hussain berkata, kafe itu memang menjadi kegemarannya sekeluarga terutama untuk bersarapan pada hujung minggu.

Abd Hamid Hussain

Katanya, tidak rugi datang untuk bersarapan ke kafe tersebut kerana pengunjung mempunyai banyak pilihan makanan dan kesemuanya menyelerakan.

“Isteri dan anak-anak saya memang suka datang ke sini. Banyak pilihan makanan yang mereka boleh dapat. Harga juga sangat berbaloi.

“Ditempat-tempat lain kita tak dapat nak buat pilihan makanan yang semacam ini dengan harga yang ditawarkan. Kalau kita makan banyak dah tentulah kena bayar lebih, tapi duisebabkan kafe ini menyediakan secara bufet, makan sajalah sebanyak manapun asalkan tidak membazir,” katanya.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang, Abd Hamid Hussain bersama keluarganya tidak melepaskan peluang untuk menikmati pelbagai jenis makanan di Sembang Spontan Cafe, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 6 OGOS 2017.

Sementara itu, Kafe Sembang Spontan juga turut menjadi lokasi kegemaran penyanyi dan pelakon, Intan Maya.

Dia sering datang ke kafe tersebut bersama rakan-rakan-rakannya ekoran kepelbagaian masakan pada menu sarapan pagi yang menepati citarasa.

“Saya dan rakan-rakan sudah biasa bersarapan dan makan tengahari di sini. Selera kami terhadap makanan-makanan yang disajikan juga ada di sini. Jadi tak perlu ke tempat lain kerana semua yang kami nak makan ada di kafe Sembang Spontan,” ujarnya.

Dalam pada itu, seorang lagi pelanggan tetap, Yong Keng Fai pula gemar menikmati nasi goreng yang disediakan di kafe tersebut.

Yong Keng Fai

Katanya, menu itu antara pilihan utamanya setiap kali datang ke kafe berkenaan terutama pada cuti hujung minggu kerana rasanya yang sedap.

Tambahnya, dia sangat menyukai masakan di Kafe Sembang Spontan meskipun boleh membuat pilihan untuk bersarapan di restoran Cina yang banyak terdapat di Pandan Indah.

“Jika kita suka makan di sebuah kedai sudah pasti kita akan selalu datang. Sama seperti saya, walaupun tinggal jauh dari sini tapi saya tetap datang hanya untuk bersarapan,” katanya yang tinggal di Bandar Seri Permaisuri Cheras.

Dalam pada itu, Ahmad Shafique memberitahu, dua lagi cawangan restorannya di Ampang dan Kajang akan menyediakan tiga menu baharu yang pasti mampu memecah selera pengemar masakan berasaskan sizzling.

Pemilik restoran, Ahmad Shafique Abdullah bercakap ketika ditemu ramah di Sembang Spontan Cafe, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 6 OGOS 2017.

Tiga menu baharu itu ialah set nasi dari kandang, set nasi lemak berenang di laut dan set nasi goreng ke laut yang disajikan bersama sos istimewa. – MalaysiaGazette