Foto Instagram Jep Sepahtu.

KUALA LUMPUR – Pasangan artis Jep Sepahtu dan Sari Yanti menyambut Aidilfitri tahun ini penuh bermakna apabila telah dikurniakan seorang lagi bayi lelaki selepas mempunyai sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan.

Menerusi Instagram miliknya, Jep memberitahu, isterinya selamat melahirkan anak ketiga mereka.

Sementara itu, penyampai radio Sinar FM itu turut mengucapkan kata syukur diatas kurniaan tuhan.

Sebelum ini, Jep dan Sari telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Dariya Inara dan dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu Sari Yanti. – MalaysiaGazette