KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara, Sarimah Ibrahim tidak mempercayai beliau akan menjadi ibu pada usia 41 tahun.

Sarimah yang kini hamil empat bulan berkata, beliau dan suaminya hanya tahu mengenai perkara itu pada akhir tahun lalu ketika merancang untuk bercuti bersama keluarga.

“Saya tidak percaya bakal menjadi ibu pada usia 41 tahun!” katanya menerusi laman sosial Instagram.

Menurutnya, ia merupakan rahmat daripada Allah dengan doa mereka dijawab yang mana ia merupakan hadiah dari syurga.

“Kami bakal memiliki keluarga kecil sendiri!” katanya yang mengakui sukar untuk menyimpan rahsia mengenai kehamilannya itu. – MalaysiaGazette