Antonio Conte
Chelsea bakal mengumumkan Maurizio Sarri sebagai Jurulatih baharu pada hari ini.

LONDON – Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri mengambil sikap merendah diri apabila menganggap pasukannya masih belum boleh dilihat sebagai pencabar kejuaraan walaupun menundukkan Arsenal 3-2, awal pagi tadi.

The Blues mencatat kemenangan kedua pada musim ini untuk menikmati kemenangan berturut-turut di bawah bimbingan Sarri selepas menundukkan Huddersfield Town dalam aksi pembukaan minggu lalu.

Marcos Alonsor muncul wira apabila jaringannya pada lewat permainan oleh menjadi pemisah buat kedua pasukan tatkala Arsenal mempamer kebangkitan setelah ketinggalan dua gol.

Bagaimanapun Sarri enggan melayan pujian pasukannya kini bersedia untuk merebut kejuaraan dan mengakui masih banyak perkara yang perlu diperbaiki.

“Bukan waktu sekarang kerana kami beraksi baik dalam 25 minit terakhir tetapi masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.

“Kami harus fokus daripada segi bertahan dan saya bukan hanya bercakap mengenai pertahanan.

“Jika kami memberi tekanan tinggi, kami mampu melakukannya tetapi ada beberapa ketika di mana kami gagal melakukannya sehingga mendatangkan masalah,” katanya memetik laporan The Sun.

Sementara itu, penyerang berbisa, Eden Hazard sekali lagi memulakan perlawanan dari bangku simpanan kerana dia masih bergelut mendapat tahap kecergasan penuh selepas aksi Piala Dunia.

Bintang Belgium itu masuk menggantikan Willian selepas sejam perlawanan dan menjadi watak utama sewaktu Alonso menjaringkan gol kemenangan.

“Ketika ini dia belum boleh beraksi selama 90 minit, jadi lebih baik sekiranya Hazard hanya bermain selama 25-30 minit sewaktu tempo permainan menjadi perlahan.

“Saya berharap dalam masa seminggu atau dua minggu, dia mampu beraksi dalam satu aksi penuh,” kata Sarri.

Chelsea akan berdepan Newcastle United dalam aksi liga pada minggu depan. – MalaysiaGazette